24 Disember 2015 - 5.00 ptg
Penutupan kolam renang akan dilakukan buat sementara waktu. Penutupan kolam renang ini bermula dari 24 Disember 2014 sehingga 2 Januari 2015. Ini disebabkan oleh proses pembersihan kolam yang akan dilakukan di dalam tempoh tarikh yang dinyatakan tersebut. Diminta kerjasama daripada pihak penduduk supaya tidak menggunakan kolam renang agar proses penyelengaraan tersebut akan dapat dilakukan dengan lancar dan sempurna. Notis telah diletakkan di kesemua papan notis kenyataan di setiap blok sepertimana di bawah ini.
Ia menjadi kewajipan kontraktor untuk meletakkan klorin setiap kali mencuci kolam renang. Alasan anda adalah tidak munasabah untuk penutupan ini.
ReplyDeletePenutupan kolam renang buat sementara waktu ini disebabkan terjumpanya najis manusia di dalam kolam renang kanak-kanak pada minggu bermulanya tarikh penutupan tersebut. Menurut kontraktor, prosedur menutup kolam renang harus dilakukan bagi membersihkan air kolam dengan menaburkan klorin sebanyak 3 kali berperingkat-ringkat. Ini bertujuan untuk menghilangkan kesan bakteria/kuman/virus akibat daripada pencemaran tersebut. Oleh yang demikian, pihak JMB mengambil keputusan untuk menutup kolam renang ini buat sementara waktu kerana merasakan ini adalah perlu bagi mengelakkan sebarang wabak penyakit yang mungkin akan berlaku. Terimakasih di atas persoalan yang dikemukan ini.
ReplyDeleteJawapan yang anda post adalah jawapan yang sebenarnya. Mengapa tidak diwar-warkan sahaja kepada penduduk mengenai penutupan ini adalah disebabkan oleh najis?
ReplyDeleteSekurang-kurang biar penduduk buka mata bahawa natijah dari mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab menyebabkan semua penduduk menjadi mangsa tidak dapat menggunakan kemudahan kolam renang.
Mereka perlu di ajar mengenai kesedaran sivik ini, bukan mengharap semata-mata kepada JMB. Sampai bila JMB nak tanggung kesalahan penduduk yang tidak bertanggungjawab?
Terimakasih di atas pandangan anda ini.
ReplyDeleteBagi pihak JMB kami akan mewar-warkan pekara ini di papan kenyataan dalam masa terdekat bagi memaklumkan pemeliharaan harta bersama adalah tanggungjawab semua penduduk dan memaklumkan contoh implikasi apabila ianya diabaikan. Contohnya terkini adalah seperti penutupan kolam renang.
Sekali lagi terimakasih di atas pandangan anda ini.