Logo Rasmi
Tujuan utama blog komuniti ini diwujudkan oleh Pihak Pengurusan adalah kerana merasakan blog adalah satu medium atau saluran terbaik untuk menyalurkan maklumat dan berkongsi informasi berkaitan dengan aktiviti-aktiviti yang berlaku di Kondominium Sri Hijau kepada semua ahli-ahli komuniti di kondo ini.
Untuk makluman, Badan Pengurusan Bersama (Joint Management Body) ini telah berjaya didaftarkan pada 24hb Mei 2008 dan bertanggungjawab mengurus, mentadbir dan menyelenggarakan kawasan awam dan harta hakgunasama (Common Area & Common Property) - unit blok sebanyak 4 blok - CA1, CA2, CA3 dan CA4 di bawah pengurusan "JMB KONDO SRI HIJAU COMITEE" mulai Januari 2013 iaitu penyerahan secara rasmi oleh pemaju iaitu Narajaya melalui Hokawai sebagai syarikat penyelengaraan pada waktu itu yang telah diluluskan oleh pihak MPKJ. Kondominium Sri Hijau ini diuruskan sendiri oleh pemilik tanpa menggunakan khidmat 'agen pengurusan'.
Matlamat badan ini ditubuhkan bukan untuk membuat keuntungan, ianya lebih kepada memberi perkhidmatan pengurusan yang terbaik kepada penduduk dan memaklumkan betapa pentingnya pembayaran yuran bagi kerja-kerja penyelengaraan bangunan dan kawasan persikitaranya bagi mengwujudkan satu tempat kediaman yang memuaskan mengikut AKTA 663 (Akta Bangunan & Harta Bersama).
Sehubungan dengan ini, Pihak Pengurusan berharap dengan adanya blog komuniti ini dapat mengeratkan lagi hubungan di antara Pihak Pengurusan dengan penduduk dan pemilik kediaman di Kondominium Sri Hijau ini. Dari semasa ke semasa blog komuniti ini akan dikemaskini utnuk memberi informasi dan maklumat berguna kepada kesemua komuniti di kondo ini.
Kerjasama dan sokongan anda semua amatlah dihargai.
Sekian, terimakasih.
Sy bercadang ingin membeli unit kondo ini. Sy melihat byk unit yg ingin dijual.adakah kondo ini mempunyai sebarang masalah?
ReplyDelete