Senarai Jawantankuasa JMB Kondominuim
Sri Hijau sessi 2015 adalah sepertimana berikut :
Pengerusi :
En Mohd Rostam Bin Baharom
Setiausaha :
En Izani Bin Ibrahim
Bendahari :
En Yap Beng Yee
AJK
Unit Sumber Manusia/Undang-undang
En. Muhammad Bin Mohd Taib
AJK
Unit Kebersihan/Lanskap
En Mohd Mazni Bin Abd Ghani
AJK
Unit Pengawal Keselamatan
En. Saiful Nahar Bin Hj Mohd Sidek
AJK Unit Parkir
En. Shahril Faiz Bin Mohd Azis
AJK Unit Parkir
En. Shahril Faiz Bin Mohd Azis
AJK
Unit Penyelenggaraan Bangunan
En. Shahrul Akram Bin Abu Bakar
Kerani
JMB
Pn. Asrina Bt Abdulah
Pn. Munirah Bt Md Taha
Juruteknik/Penyelenggaraan
En. Muhamad Shahir Bin Awaludin
Terbaik!!! Diharap AJK yg tersebut dpt menjalankan tugas secara cemerlang, bukan seperti AJK lama yg hanya tahu makan duit kontraktor dan tidak tahu menjalankan tugas dgn baik. Heh!!!
ReplyDeleteagreed...
ReplyDeleteWhat happens to all the Guards? Guards system is getting worst & worst. Previously i've went to the children park and noticed that the grass is so long, my children complaint very itchy because of the grass, pls take some responsibilities about this matter , and last buut not least the condo is getting dirtier & dirtier.
ReplyDeleteThanks for post your concern in this blog.
ReplyDeleteAs a representative from the new JMB committee as a whole, I would like to express very deep sorry for the inconveniences of our condo environment today. As totally the new member of committee which most only 1 month old, the process and procedure regarding the transferring of the ownership especially for the account is the most important part and need to be followed by the instruction of Commissioner Of Building (COB).
We would like to inform you that we're still waiting the result and a green light from COB in the process of forming our new JMB Committee 2015 to allow us to use all the fund and we're working closely with them until the issue will be fully settled. According to the Act 663 of Building and Common Property (Maintenance and Management, Act 2007), we as the new committee again are not allowed to utilize monetary collection, fund from the JMB's account and finances until the said process is fully settled.
Therefore result from this situation, we're unable to make any payment to the respective contractor or authority and thus it will impact slightly the services that given by them. However we still negotiate with them (guard, cleaning and landscape) at least the services that given by them will be continued even thought the performance will be little bit drop.
As a committee we will try our best and to ensure that all the Sri Hijau Resident will be continue enjoying the facilities fully serviced to the level of satisfaction as soon as possible after this issue has been fully settle down.
The notice to tell about this to resident will be available at our notice board by today and thanks again for your concern.
ok..follow the rules its important..lambat sikit xper ..jgn terlalu lama.. rumput dah panjang, guard mcm ader ..macm x ader..kami beri sedikit masa kepada ajk baru untuk selesaikan perkara2 berwajib..
ReplyDelete...nak tanyer knp tidak gunakan sain authority ajk lama sementara tunggu dari Commissioner Of Building (COB)?? ker ajk lama x moh bagi kerjasama? atau ajk baru? apa2 hal x nak tuduh mana2 pihak..untuk ajk baru buatla yang terbaik untuk kami (penduduk sri hijau) supaya jgn kena saman lagi udah ler..
(residen of kondo sri hijau)
Please asked the guard to do their duty. Tengok guard mlm2 tidur...Dah la blacks banyak...Somemore black yg duduk kat tingkat atas rumah saya selalu buat bising pagi2 buta pukul 3am ke atas.
ReplyDeleteTerimakasih di atas komen anda "Bubble Gummy".
ReplyDeleteTerimakasih juga di atas keperihatinan anda di dalam melaporkan keadaan guard yang bertugas pada waktu malam. Kami akan memantau akan perkara ini dan kami ingin menyatakan disini bahawa ianya merupakan satu perbuatan yang tidak sepatutnya berlaku ketika guard sedang menjalankan tugas mereka.
Untuk memudahkan pihak JMB melaporkan perkara ini kepada syarikat sekuriti, diminta agar di masa hadapan tuan/puan dapat melaporkan perkara ini secara rasmi dengan menyatakan tarikh/masa ianya berlaku melalui borang aduan/pandangan yang boleh dimuat turun kan melalui blog atau dengan datang terus ke pejabat JMB supaya kami boleh bertindak dengan lebih berkesan bersama bukti kukuh yang dilaporkan oleh penduduk Kondo Sri Hijau. Oleh itu proses tindakan atau susulan yang akan kita lakukan ke atas syarikat sekuriti ini akan menjadi lebih berkesan dengan bukti-bukti tersebut.Pihak kami juga akan terus memantau perjalanan operasi guard dari masa ke semasa.
Begitu juga dengan pihak lain yang memberi apa sahaja masalah kepada penduduk seperti yang dialami oleh "Bubble Gummy" dimana pihak bangsa asing Afrika membuat bising pada wakktu pagi. Jika laporan dibuat melalui saluran yang ada dengan menyatakan no rumah unit anda dan no rumah unit yang terlibat, ianya lebih memudahlan pihak kami untuk memantau ataupun membuat tindakan susulan berdasarkan ke atas laporan yang telah dibuat.
Walaubagaiman pun segala komen dan juga idea/pandangan positif melalui blog ini juga boleh menjadikan ianya sebagai satu platform bagi pihak JMB untuk menilai dan juga menerima sebarang cadangan dan komen yang boleh memperbaiki mutu perkhidmatan kami kepada penduduk. Tetapi dalam masa yang sama dengan melaporkan ianya dengan mengisi borang aduan/cadangan akan menjadi ianya lebih berkesan.
Terimakasih sekali lagi 'Bubble Gummy" atas keperihatinan anda dan laporan yang telah dibuat melalui blog ini.
Setahu kami, AJK lama yang makan duit dalam JMB nih sorang ajer. Tak perlulah libatkan semua AJK lama yang tidak tahu apa-apa.
ReplyDeleteKami juga dimaklumkan bahawa AGM terakhir dulu, AJK baru ini beriya-iya menghentam AJK lama seolah-olah AJK lama tidak membantu langsung seperti seorang penduduk berbangsa Melayu di CA4 itu, sangat lantang dan seolah-olah dia seorang yang sempurna kerjanya.
Pandangan kami, wajar kot kalau AJK lama berkecil hati... Nak minta tandatangan AJK lama untuk duit? Sesuai ker setelah di cemuh dengan pelbagai tuduhan semasa AGM? Lain la AJK lama yang tidak hadir AGM dan mempunyai kuasa; untuk tandatangan. Maklumlah, orang lain yang buat taik, orang lain yang kena hadap. Kalau kami diperlakukan sedemikian, kami pun akan berasa macam bukan penduduk di Sri Hijau dan akan berkecil hati sedangkan kami juga sama-sama jiran.
Atau sebenarnya AJK baru sekarang ini yang TERINGIN SANGAT nak jadi AJK sehingga semua 'KRONI' dijemput untuk menjadi AJK?
Kami dengar sekarang, AJK baru tidak masukkan duit tunai kutipan harian ke dalam bank setiap hari seperti yang sepatutnya. Ini juga telah menyalahi undang-undang. Tak pe lah, kami berbaik sangka. AJK baru semua sempurna, cemerlang dan terbilang di dalam menjalankan tugas. Tidak makan duit penduduk, sebab tu boleh simpan cash dalam pejabat sampai berbelas ribu. Ye tak...
Prihatin Penduduk Sri Hijau
Terimakasih kepada ‘Prihatin Penduduk Sri Hijau’,
ReplyDeleteKenyataan yang dinyatakan oleh anda di sini adalah tidak menggambarkan keadaaan yang sebenar. Persoalan yang penduduk perlu diperjelaskan semasa mesyuarat AGM tempohari adalah lebih menjurus kepada persoalan berkisar kepada perjalanan operasi JMB sebelum ini yang lebih berkaitan dengan pengurusan wang dan juga pengurusan kontraktor yang tidak perlu kami terangkan secara terperinci lagi di sini. Penduduk merasakan di sini mereka mempunyai hak untuk mempersoalkan perkara-perkara yang mereka ingin tahu dan bukanya untuk meng ‘hentam’ mana-mana pihak. Di dalam AGM penduduk mempunyai hak untuk mengetahui apa yang perlu mereka tahu dan jika pihak JMB terdahulu mempunyai jawapan yang kukuh ianya sudah semestinya akan menjawab sebarang persoalan dan kemusykilan yang bermain di minda mereka.
Adakah JMB tidak boleh menerima sebarang bentuk persoalan atau kemusykilan yang diutarakan oleh penduduk ?
Sikap ‘KRONI’ bukanlah menjadi sebagai kayu ukuran didalam perlantikan komuniti bagi sessi 2015 ini. Kami rasa adalah sukar untuk mendapatkan penduduk yang benar-benar ‘volunteer’ atau hendak menawarkan diri untuk menjadi ahli JMB bagi sessi 2015 (selepas ini disebut JMB). Ini jelas, anda sendiri dapat rasakan hanya segelintir sahaja penduduk yang akan menghadirkan diri di setiap kali perjumpaan bersama penduduk dan juga AGM dan hanya penduduk yang hampir sama sahaja yang akan menampilkan diri mereka setiap kali perjumpaan tersebut dilakukan. Apa tah lagi kalau dijjemput untuk menjadi ahli komuti JMB. Perlu dimaklumkan hampir keseluruhan daripada ahli komuti JMB bagi sessi 2015 adalah penduduk yang ‘volunteer’ menawarkan diri mereka untuk menjadi ahli kumuniti tanpa ada sebarang bentuk agenda lain.
Untuk pengetahuan anda, kesemua duit kutipan harian secara tunai ini telah pun dimasukkan ke dalam akuan bank JMB hanyalah dan setelah akhirnya mendapat persetujuan daripada ahli JMB terdahulu untuk menurun tandatangani cek bagi membayar kepada kontraktor dan agensi lain yang berkenaan. Di kesempatan ini kami mengucapkan berbanyak terimakasih kepada ahli JMB lama di atas kerjasama yang diberikan.
Terimakasih sekali lagi di atas persoalan anda di dalam blog ini.
Komen anda telah menyebabkan staff di pejabat yang mana mereka juga jiran2 kita semua berada dalam bahaya. Saya mohon admin untuk menyiasat siapa yang tulis komen (Prihatin Penduduk Sri Hijau) di atas, kalau boleh buat laporan polis kerana komen beliau mengancam keselamatan staff (cth : ada orang ingin merompak), ini pada pandangan saya.
ReplyDeleteSaya terpanggil untuk meluahkan pendapat setelah membaca entri Anonymous5 January 2015 at 17:52 dan Prihatin Penduduk Sri Hijau.
ReplyDeleteAnonymous5 January 2015 at 17:52,
Berat sungguh tuduhan anda ttg JMB lama yang ‘Makan’ duit kontraktor. Adakah anda mempunyai bukti yg boleh dibawa ketengah. Saya nasihatkan supaya anda membuat laporan polis dan SPRM dgn disertakan bukti kukuh. Sekiranya tiada bukti, saya mengandaikan anda sedang bermimpi.
Janganlah jadi seperti langau yg pandai membuat bising ketika terbang tapi akhirnya hinggap pada najis yg busuk untuk melepaskan lelah.
Prihantin Penduduk Sri Hijau (PPSH)
Saya mengandaikan anda tahu seseorang yg terlbat seperti dakwaan Anonymous5 January 2015 at 17:52. Mengapa anda berdiam diri? Buatlah laporan kpd pihak berwajib sesuai dgn nama pena anda ‘Prihantin Penduduk Sri Hijau’ kononnya.
Saya adalah salah seorang penduduk yg hadir pada AGM yg lepas. Pada pandangan saya, tiada seorang pun penduduk yg menghentam orang perseorangan ahli JMB lama. Mereka hanya ingin bertanyakan ttg beberapa perkara yg tidak dpt dijwb dgn baik oleh JMB lama. Kebanyakannya berkisar ttg ketiadaan akaun yg sepatutnya diaudit. Sebagai penduduk, saya juga ingin mengetahui ttg perbelanjaan yg telah dibuat sepanjang tahun.
Saya bersetuju dgn pandangan Anonymous21 January 2015 at 06:10. Entri PPSH telah menyebabkan staff2 di office JMB dalam keadaan bahaya.
PPSH & Anonymous5 January 2015 at 17:52
‘Berfikirlah menggunakan otak bukan kotak’ kata anak saya pada usia beliau 7 tahun dahulu.
Mengapa Anonymous 21/1/2015 & 23/1/2015 reply secara panas? Adakah anda kroni seperti yang ditulis oleh Anonymous 20/1/2015?
ReplyDeleteJika ya, tak perlu reply secara 'kotak' seperti budak yang berumur 7 tahun tu. Jika benar seperti apa yg ditulis, tidak bolehkah kritikan diterima secara terbuka seperti admin JMB Sri Hijau sebutkan di dalam postingnya?
Jika salah seperti apa yg di tulis, mengapa perlu buat laporan polis? Takut dengan tindakan sendiri akan makan tuan?
Sebagai orang yang dipilih untuk mentadbir JMB, perbaiki saja kelemahan anda. Tak perlu tunding jari kepada penduduk kerana penduduk juga berhak tahu kebenaran.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
ReplyDeleteSaya ingin mencelah sedikit pasal nampak macam ketat jer kat forum nih..
Lebih baik kita eratkan silaturrahim sesama jiran tetangga dan Ajk.Tak perlu menuduh sesiapa. Ajk lama dengan baru harus berganding bahu selesaikan maslah2 kat kondo ni. Jangan kerana perselisihan faham JMB, masalah2 kat kondo tak selesai.
Yang lepas jadikan sempadan, buang yang keruh ambil yang jernih. Apa kata pihak JMB adakan gathering untuk eratkan silaturahim antara Ajk lama dan baru. Klau ada masa kita buat solat hajat bagi elakan perkara2 yang tak diingini berlaku kat kondo ni. Sejak2 ini jiran2 macm tak mesra macam dahulu. Fikir2kan lah .. dan renung2 renungkan.
Saya mohon admin untuk delete komen2 yg negative..pendapat saya sekiranya ada masaalah antara ajk lama dan baru patut diselesaikan di meja rundingan dan bukannya disini.
ReplyDeleteAgak memalukan sekiranya bertelagah disini kerana saya percaya selain dr penduduk kondo Sri hijau, org diluar sana turut membaca komen2 anda
Saya ingin berterima kasih kepada Management kerana telah mengambil tindakan mengenai rumput2 yang panjang di kawasan taman permainan, Good job.... Keep it up.. Keep the place clean and peaceful...
ReplyDeleteAnonymous 9 February 2015,
ReplyDeleteTerimaksih di atas komen yang telah anda berikan. Bagi pihak JMB, kami akan cuba melakukan perkara yang terbaik di dalam menguruskan penyelenggaraan kawasan dan juga bangunan Kondo Sri Hijau ini. Kerjasama dari penduduk juga amatlah kita harapkan agar segala bentuk pengurusan barsama ini akan dapat dijalankan dengan lebih berkesan lagi.
Terimakasih yang tidak terhingga kepada ex-JMB yang lama di dalam memberikan kerjasama di dalam melakukan proses pembayaran kepada kontraktor yang terlibat dan juga syarikat MAP Cleaning & Landscape Service yang melakukan kerja-kerja pemotongan rumput tersebut.
Saya memohon pihak pengurusan utk lebih tegas lagi dgn pemilik2 kereta yg telah meletakkan kereta kereta di tempat yg tidak sepatutnya...
ReplyDeleteSejujurnya saya agak kecewa dgn staff security yg baru ni kerana tiada tindakkan yg mereka ambil terhadap kenderaan tersebut. Sebagai org yg mempunyai 2nd car park Dan membayar yuran parking saya sentiasa mematuhi peraturan dh meletakkan kereta saya di block CA1 walaupun agak jauh dr block saya.
Saya juga mendapati security sesuka hati menaikkan palang walaupun kenderaan tidak mempunyai touch card juga sticker.
Saya mohon pihak pengurusan dpt membuat tindakkan dgn segera.
Dear JMB,
ReplyDeletePlease do something with the cleanliness and tidiness at our Condo. I have realized that the performance of this matter is getting more worst now !!! Some of the normal rubbish not been sweep out from the shoulder of the road. Some of the un-supposedly rubbish (small unused debris/furniture) not been taken away from the rubbish area at G Floor.
The landscape is too bad and it seems that there are not been managed for quite some while. I should reckon that they (contractor) need to be warned and to be monitored closely and if they can't, please do something with them !!! As a resident, I think if the contractor failed to comply, please find the new contractor which can give us a better service to our Condo.
Afraid that more residents will refused to pay the Management Fee if the surrounding is not satisfy with their needs.
aku nak tahu saper sebenarnya committe terbaru ni? sila letakkan memo nama2 commitee terbaru...mintak2la nama masyitah tiada dalam senarai ..dia dah overused
ReplyDeleteSenyap je Blog nie sejak akhie-akhir nie
ReplyDeleteNampaknya pengurusan guard di seksyen 6 dan bertambah baik. Macamana pula dengan guard di Kondo kita nampak macam tak berperanan sangat. Tidak semacam guard di atas yang nampak lebih tegas untuk memantau kenderaan masuk ke seksyen 6.
ReplyDeleteDi harap JMB dapat menyediakan guard yang tegas didalam menjalankan tugas harian mereke di kondo ini.
AJK tahun 2015 susah case, parkir tidak di peduli , tempat parkir bebas di letak mobil hingga tayar mobil pancit, resident yg benar nak parkir, tidak ada kekosongan. pokok pokok tidak di jaga, kebersihan sekitaran tidak di peduli, AJK mungkin tidur.
ReplyDelete