Monday, 22 December 2014

Pemeriksaan Tangki

20 Disember 2014 - 11.00 pagi

Pemeriksaan semula bersama pihak kontraktor telah dilakukan bersama ahli JMB iaitu En. Sharul Akram Bin Abu Bakar, En Saiful Nahar Bin Hj Mohd Sidek dan En Anamalai pada  20 Disember 2015 bagi mengenal pasti pemasalahan pam air di tangki yang terdapat di Blok CA1, CA3 dan juga CA4. Hasil dari lawatan tersebut didapati beberapa pam air di blok tersebut telah rosak. Oleh itu, pihak JMB telah mengambil keputusan untuk menukar pam air yang bermasalah. Ini juga termasuk dengan penukaran kesemua elemen-elemen yang berkaitan dengannya seperti 'level sensor' untuk tangki di tingkat bawah dan di bumbung blok tersebut yang juga didapati telah rosak. JMBSHC akan mendapatkan sebut harga dari kontraktor sehingga perkara ini dapat diselesaikan sepenuhnya.



2 comments: