Merujuk kepada surat rasmi daripada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), secara rumusannya bahawa skim 'gated and guarded' yang telah dilaksanakan di jalan masuk Seksyen 6, Bandar Mahkota Cheras telah mendapat kelulusan daripada pihak MPKj. Walaupun begitu pihak MPKj telah mengeluarkan kelulusan dengan beberapa syarat yang telah ditetapkan.
Oleh yang demikian, berdasarkan kepada laporan yang telah dibuat kepada pihah JMB Kondo Sri Hijau yang menyatakan terdapatnya pengawal yang menghalang atau tidak membenarkan orang awan masuk ke kawasan Seksyen 6 adalah tidak boleh dilakukan sama sekali. Untuk tujuan ini, sila rujuk kepada surat yang telah dikeluarkan dari pihak MPKj untuk rujukan semua.
Dah bungkus pun guard kat Seksyen 6 tu. Padan muka. Dulu belagak sangat. Kuatkuasa perkara itu tanpa persetujuan penduduk Sri Hijau. Sesuka hati nak buat jalan umum sebagai jalan private.
ReplyDeleteMengikut desas-desus penduduk, Azwa (penduduk CA4) kata Amry (Bendahari lama) yang menandatangi kelulusan untuk seksyen 6 sehingga ianya dikuatkuasa. Tapi dalam surat ini tak sebut pula siapa yang luluskan dari Sri Hijau. Pelik.