24 Disember 2015 - 5.00 ptg
Penutupan kolam renang akan dilakukan buat sementara waktu. Penutupan kolam renang ini bermula dari 24 Disember 2014 sehingga 2 Januari 2015. Ini disebabkan oleh proses pembersihan kolam yang akan dilakukan di dalam tempoh tarikh yang dinyatakan tersebut. Diminta kerjasama daripada pihak penduduk supaya tidak menggunakan kolam renang agar proses penyelengaraan tersebut akan dapat dilakukan dengan lancar dan sempurna. Notis telah diletakkan di kesemua papan notis kenyataan di setiap blok sepertimana di bawah ini.
Wednesday, 24 December 2014
Monday, 22 December 2014
Pemeriksaan Tangki
20 Disember 2014 - 11.00 pagi
Pemeriksaan
semula bersama pihak kontraktor telah dilakukan bersama ahli JMB iaitu En.
Sharul Akram Bin Abu Bakar, En Saiful Nahar Bin Hj Mohd Sidek dan En Anamalai
pada 20 Disember 2015 bagi mengenal pasti pemasalahan pam air
di tangki yang terdapat di Blok CA1, CA3 dan juga CA4. Hasil dari lawatan
tersebut didapati beberapa pam air di blok tersebut telah rosak. Oleh itu,
pihak JMB telah mengambil keputusan untuk menukar pam air yang bermasalah. Ini juga termasuk dengan
penukaran kesemua elemen-elemen yang berkaitan dengannya seperti 'level sensor'
untuk tangki di tingkat bawah dan di bumbung blok tersebut yang juga didapati
telah rosak. JMBSHC akan mendapatkan sebut harga dari kontraktor sehingga perkara
ini dapat diselesaikan sepenuhnya.
Bil. 2/2014 Mesyuarat Kedua JMB Sessi 2014/2015
19 Disember 2015 - 8.30 malam
Mesyuarat Kedua JMB Bagi Sessi 2015
Mesyuarat Kedua JMB Bagi Sessi 2015
Mesyuarat kedua ini telah diadakan di pejabat JMB dimana kesemua ahli yang dilantik bersama ahli jemputan telah hadir di dalam mesyuarat kali ini. Ini juga termasuklah kehadiran kakitangan kerani yang bertugas di pejabat JMB iaitu Pn Asrina dan Pn Munirah. Sebagai permulaan beberapa portfolio telah ditetapkan kepada beberapa ahli yang hadir bagi memudahkan setiap penyelengaraan dan penyeliaan dapat dijalankan secara berkesan. Maklumat penuh bagi jawatan dan juga portfolio yang telah ditetapkan akan dikemaskinikan di dalam blog ini dalam masa terdekat.
Memandang ini merupakan mesyuarat yang dihadiri oleh kesemua ahli 'comitee', beberapa agenda/perkara telah diutarakan di dalam mesyuarat kali ini. Kesemuanya adalah lebih berkisar kepada pemasalahan isu semasa teruatamanya mengenai kerosakan pam tangki air yang terdapat di blok CA1 dan CA4 yang telah berlaku pada baru-baru ini. Disamping itu, beberapa perkara telah dibincangkan terutamanya mengenai perjalanan operasi pejabat JMB yang perlu dikemaskini bagi memastikan perjalanan operasi pejabat JMB ini akan menjadi lebih teratur.
Sunday, 21 December 2014
Penukaran 'Floating Valve' Di Tangki Blok CA4
19 Disember 2015 - 2.30 petang
Operasi penukaran 'Floating Valve' telah dijalankan di tangki pam air yang berada di blok CA4. Penukaran 'Floating Valve' ini adalah bagi mengelakkan tangki yang berada di tingkat bawah blok CA4 tidak berulangnya kembali kejadian 'over flow'. Ini merupakan antara langkah drastik yang perlu dilakukan sebelum melakukan pemasangan pam air yang sebenarnya yang akan dilakukan dalam tempoh masa terdekat ini. Pihak JMBSHC akan terus berhubung dengan pihak kontraktor sehingga masalah ini dapat diselesaikan sepenuhnya.
Thursday, 18 December 2014
Bil,1/2014 - Mesyuarat Pertama JMB Sessi 2015
17 Disember 2015 - 9.00 malam
Mesyuarat Pertama JMB Bagi Sessi 2015
Mesyuarat pertama untuk ahli JMB baru yang telah dilantik pada mesyuarat AGM pada 13/12/14 tempohari telah diadakan di Blok CA1 Kondominium Sri Hijau pada hari ini. Mesyuarat ini bertujuan untuk melantik Pengerusi, Setiausaha dan juga Bendahari yang baru untuk sessi penggal 2015. Senarai penuh ahli comitee baru dan ahli jemputan akan diumumkan kelak kepada penduduk Kondominium Sri Hijau nanti.
Subscribe to:
Posts (Atom)