Thursday, 12 February 2015

Extra-Ordinary General Meeting (EGM)

Mesyuarat Luar Biasa Kondominium Sri Hijau


Merujuk kepada perkara ini adalah dimaklumkan bahawa satu Mesyuarat Luar Biasa ataupun di panggil sebagai Extra-Ordinary General Meeting (EGM) akan di adakan pada 28hb Februari 2015 pada hari Sabtu, jam 3.00 petang di perkarangan Dewan Blok CA1. Notis mesyuarat EGM  telah pun diletakkan di papan-papan kenyataan di setiap blok. Di harapkan agar penduduk dapat meluangkan masa untuk datang beramai-ramai bagi menjayakan mesyuarat ini sepertimana yang telah dirancangkan supaya ianya menjadi lebih berjaya. Perlu diingatkan bagi penduduk yang menpunyai tunggakan kurang dari 3 bulan sahaja yang akan mempunyai hak/kuasa untuk melantik/menjadi dan mengundi jawatankuasa JMB tersebut. Walaubagaima pun bagi penduduk yang menpunyai tunggakan lebih dari 3 bulan masih layak dan dialu-alukan untuk menghadiri mensyuarat ini.

Di samping itu juga satu surat notis akan diedarkan ke dalam peti surat masing-masing merujuk kepada EGM dan agenda yang akan diadakan pada hari tersebut. Bersama surat itu akan dikepilkan bersama Borang Perlantikan Proxy bagi melantik wakil bagi pihak penduduk jika tidak dapat hadir ke mesyuarat tersebut . Sila rujuk surat Notis yang bertarikh 13 Februari 2015 yang telah pun diedarkan sepertimana di bawah ini. Bagi penduduk yang tinggal di luar, notis ini akan di poskan ke alamat masing-masing.