Sunday, 25 January 2015

Penukaran No Telefon JMB

Nombor Baru Telefon JMB


Nombor baru telefon JMBSHC adalah sepertimana notis di bawah inj. Ianya adalah buat sementara waktu sahaja sehingga di beritahu kelak. Harap maklum.


 

Sarang Lebah Di Pokok Kondominium Sri Hijau

Bertempat Berhampiran Blok CA1 - Jalan Masuk Utama Ke Kondo Sri Hijau.
25 Januari 2015, 10 malam


Satu sarang lebah telah ditemui berada di sebuah pokok berdekatan dengan pintu masuk utama ke Kondominium Sri Hijau berdekatan dengan pondok kawalan baru-baru ini. Sehubungan itu pihak JMB dengan kerjasama dari pihak 'guard' iaitu En. Azhari, telah menghubungi pihak Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPAM) bagi membantu untuk menghapuskan sarang lebah tersebut. Ini adalah kerana pihak JMB merasakan ianya boleh mengancam keselamatan penduduk Kondominium Sri Hijau jika sesuatu perkara terjadi akibat daripada serangan lebah ini.

Proses menghapuskan sarang lebah ini telah berjaya dilakukan oleh JPAM dengan menggunakan kaedah semburan api dan juga menggunakan racun perosak serangga dan mengambil masa hanya kira-kira lebih kurang dalam tempoh masa 30 minit sahaja.












Friday, 23 January 2015

Perkembangan Terkini Pembaikan Pam Air Di Blok CA4

Beberapa proses pembaikan telah dilakukan ke atas pemasalahan terhadap pam air di blok CA4 yang kerap kali berlaku pada akhir-akhir ini. Proses pembaikan dan penyelengaraan ini dilakukan secara berperingkat-ringkat.

Pembaikan yang pertama yang telah dilakukan adalah memperbaiki papan litar (board circuit) yang mengawal pam air tersebut beroperasi secara bergilir-gilir apabila diperlukan bagi membolehkan pam-pam air tersebut mengepam air ke tangki yang berada di atas bumbung. Proses penyelengaraan ini adalah lebih berbentuk kepada proses pendawaian kabel dan elektrik yang mengawal operasi unit pam tersebut. Beberapa alat elektrik di papan litar ini telah diganti.

Pam yang berada di dalam bilik tangki ini mempunyai jumalah 4 pam keseluruhannya. Hasil daripada pembaikan papan litar tersebut, 2 pam telah dapat beroperasi semula dangan kemampuan pam-pam terbut menjadi lebih kuat untuk megepam air ke tangki di bumbung blok CA4. Satu lawatan di bilik pam CA4  tersebut telah dilakukan bersama kontraktor yang terbabit setelah ianya dibaiki. Pihak JMB mendapati air yang dipamkan dari tangki bawah ke tangki di atas bumbung blok CA4 sekarang mempunyai kebolehan memberi kadar tekanan air yang tinggi yang dapat memenuhkan tangki di bumbung atas dengan lebih cepat terutamanya apabila permintaan air menjadi tinggi ketika berada di waktu puncak.










Penyelengaraan seterusnya yang telah dijalankan oleh pihak kontraktor ialah dengan mencabut 2 unit pam air yang selebihnya  yang telah rosak untuk dibaiki. Jika didapati 2 pam air tersebut tidak boleh lagi dibaiki, maka keputusan untuk memperolehi pam yang baru akan difikirkan. 







Penyelengaraan seterusnya yang akan dijalankan oleh pihak kontraktor adalah untuk memeriksa samada ‘sensor rod’ yang terdapat di dalam tangki di tingkat bawah dan atas masih lagi berfungsi Sensor ini berfungsi untuk memberitahu pam untuk mula mengepam air ke atas jika terdapatnya pengurangan paras air dan seterusnya memaksa pam untuk bekerja dan menambah air di tangki yang berada atas bumbung. Begitu juga sebaliknya jika air mulai penuh kepada paras air yang tertentu, sensor tersebut akan memberitahu supaya pam berhenti untuk mengepam air ke atas pula.

Sehubungan dengan ini, pihak JMB ingin memohon kemaafan kepada penduduk terhadap kesulitan yang mereka alami selama ini. Pihak JMB akan sentiasa memantau  terhadap permasalahan air di blok CA4 ini dan akan cuba memastikan peralatan yang terlibat dapat di baik pulih di dalam waktu terdekat. Proses penyelengaraan ini juga akan dilakukan di blok CA1 bagi menaikan taraf kebolehan pam-pam air tersebut untuk terus dapat bekerja. 

Thursday, 15 January 2015

Notis Peyimpanan Dan Penjimatan Air

Notis Peyimpanan Dan Penjimatan Air Di Blok CA4


Berhubung dengan perkara ini, satu notis khusus bagi penduduk CA4 telah ditampal di Notis Kenyataan di blok CA4. Ini adalah bertujuan untuk memberitahu mengenai satu kerja baik pulih akan dilakukan pada hari Sabtu, 17 Januari 2015 kepada tangki air di blok tersebut. Memandangkan baik pulih ini dikhuatiri akan berlanjutan hingga ke hari Ahad, 18 Januari 2015, di nasihatkan agar penduduk di blok CA4 akan dapat menyimpan air jika berlakunya gangguan air tersebut. 

Bagi pihak JMB kami meminta maaf di atas kesulitan yang dihadapi dan gangguan ini adalah semata-mata untuk kesenangan kita di masa hadapan.



Monday, 12 January 2015

Kesedaran Penjagaan Harta Bersama

Notis Penjagaan Harta Bersama


Sehubungan dengan perkara ini diharap pihak penduduk Kondominium Sri Hijau dapat mejaga harta bersama di dalam kondominium kita ini seperti kolam renang, lif, dewan, perlatan-perlatan yang ada seperti tong-tong sampah, padang permainan kanak-kanak supaya dapat mengekalkan tahap keselesaan dan kesempurnaan harta tersebut.

Perlu diingat  harta tersebut adalah harta bersama dan sama -samalah kita menjaganya bersama supaya semua penduduk akan terus dapat menikmati kemudahan ini. Sehubungan dengan perkara ini, satu notis telah di dikeluarkan dari pihak JMB dan di tampal di setiap blok bagi mengingatkan kepada penduduk mengenai kesedaran untuk menjaga harta bersama tersebut.
 
 
 

Wednesday, 7 January 2015

Kebenaran Memasuki Kawasan Laluan Berpagar Di Seksyen 6

Laluan Berpagar Di Seksyen 6, Bandar Mahkota Cheras


Merujuk kepada surat rasmi daripada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), secara rumusannya bahawa skim 'gated and guarded' yang telah dilaksanakan di jalan masuk Seksyen 6, Bandar Mahkota Cheras telah mendapat kelulusan daripada pihak MPKj. Walaupun begitu pihak MPKj telah mengeluarkan kelulusan dengan beberapa syarat yang telah ditetapkan. 

Oleh yang demikian, berdasarkan kepada laporan yang telah dibuat kepada pihah JMB Kondo Sri Hijau yang menyatakan terdapatnya pengawal yang menghalang atau tidak membenarkan orang awan masuk ke kawasan Seksyen 6 adalah tidak boleh dilakukan sama sekali. Untuk tujuan ini, sila rujuk kepada surat yang telah dikeluarkan dari pihak MPKj untuk rujukan semua.