Wednesday, 8 July 2015

Pelekat Kenderaan Terbaharu Sesi 2015/2016

Sehubungan dengan perkara ini, pihak JMB Kondominuim Sri Hijau telah mengeluarkan pelekat kenderaan terbaharu bagi sessi 2015/2016 bagi dilekatkan di cermin hadapan kenderaan penduduk di cermin sebelah kiri pemandu. Pelekat motorsikal terbaharu juga telah dikeluarkan bagi tujuan yang sama.

Ingin dimaklumkan bahawa tarikh akhir bagi pengambilan pelekat baharu ini adalah pada 7 Ogos 2015. Selepas daripada tarikh tersebut, setiap kenderaan yang masih tidak mempunyai pelekat terbaharu ini akan ditahan oleh pengawal di pondok kawalan untuk mendaftar masuk sama seperti pelawat. Ini juga akan berlaku di pondok kawalan yang di tempatkan di pintu gate masuk utama Seksyen 6, Untuk mengelakkan sebarang kesulitan, penduduk dinasihatkan agar mengambil dan menggunakan pelekat terbaharu ini sebelum tamat tempoh tarikh yang telah dinyatakan tersebut. Sila rujuk kepada NOTIS yang telah dikeluarkan oleh pihak Kondominium Sri Hijau yang telah dilekatkan di papan notis pada tiap-tiap blok pada baru-baru ini.



Thursday, 12 February 2015

Extra-Ordinary General Meeting (EGM)

Mesyuarat Luar Biasa Kondominium Sri Hijau


Merujuk kepada perkara ini adalah dimaklumkan bahawa satu Mesyuarat Luar Biasa ataupun di panggil sebagai Extra-Ordinary General Meeting (EGM) akan di adakan pada 28hb Februari 2015 pada hari Sabtu, jam 3.00 petang di perkarangan Dewan Blok CA1. Notis mesyuarat EGM  telah pun diletakkan di papan-papan kenyataan di setiap blok. Di harapkan agar penduduk dapat meluangkan masa untuk datang beramai-ramai bagi menjayakan mesyuarat ini sepertimana yang telah dirancangkan supaya ianya menjadi lebih berjaya. Perlu diingatkan bagi penduduk yang menpunyai tunggakan kurang dari 3 bulan sahaja yang akan mempunyai hak/kuasa untuk melantik/menjadi dan mengundi jawatankuasa JMB tersebut. Walaubagaima pun bagi penduduk yang menpunyai tunggakan lebih dari 3 bulan masih layak dan dialu-alukan untuk menghadiri mensyuarat ini.

Di samping itu juga satu surat notis akan diedarkan ke dalam peti surat masing-masing merujuk kepada EGM dan agenda yang akan diadakan pada hari tersebut. Bersama surat itu akan dikepilkan bersama Borang Perlantikan Proxy bagi melantik wakil bagi pihak penduduk jika tidak dapat hadir ke mesyuarat tersebut . Sila rujuk surat Notis yang bertarikh 13 Februari 2015 yang telah pun diedarkan sepertimana di bawah ini. Bagi penduduk yang tinggal di luar, notis ini akan di poskan ke alamat masing-masing.




Sunday, 25 January 2015

Penukaran No Telefon JMB

Nombor Baru Telefon JMB


Nombor baru telefon JMBSHC adalah sepertimana notis di bawah inj. Ianya adalah buat sementara waktu sahaja sehingga di beritahu kelak. Harap maklum.


 

Sarang Lebah Di Pokok Kondominium Sri Hijau

Bertempat Berhampiran Blok CA1 - Jalan Masuk Utama Ke Kondo Sri Hijau.
25 Januari 2015, 10 malam


Satu sarang lebah telah ditemui berada di sebuah pokok berdekatan dengan pintu masuk utama ke Kondominium Sri Hijau berdekatan dengan pondok kawalan baru-baru ini. Sehubungan itu pihak JMB dengan kerjasama dari pihak 'guard' iaitu En. Azhari, telah menghubungi pihak Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPAM) bagi membantu untuk menghapuskan sarang lebah tersebut. Ini adalah kerana pihak JMB merasakan ianya boleh mengancam keselamatan penduduk Kondominium Sri Hijau jika sesuatu perkara terjadi akibat daripada serangan lebah ini.

Proses menghapuskan sarang lebah ini telah berjaya dilakukan oleh JPAM dengan menggunakan kaedah semburan api dan juga menggunakan racun perosak serangga dan mengambil masa hanya kira-kira lebih kurang dalam tempoh masa 30 minit sahaja.












Friday, 23 January 2015

Perkembangan Terkini Pembaikan Pam Air Di Blok CA4

Beberapa proses pembaikan telah dilakukan ke atas pemasalahan terhadap pam air di blok CA4 yang kerap kali berlaku pada akhir-akhir ini. Proses pembaikan dan penyelengaraan ini dilakukan secara berperingkat-ringkat.

Pembaikan yang pertama yang telah dilakukan adalah memperbaiki papan litar (board circuit) yang mengawal pam air tersebut beroperasi secara bergilir-gilir apabila diperlukan bagi membolehkan pam-pam air tersebut mengepam air ke tangki yang berada di atas bumbung. Proses penyelengaraan ini adalah lebih berbentuk kepada proses pendawaian kabel dan elektrik yang mengawal operasi unit pam tersebut. Beberapa alat elektrik di papan litar ini telah diganti.

Pam yang berada di dalam bilik tangki ini mempunyai jumalah 4 pam keseluruhannya. Hasil daripada pembaikan papan litar tersebut, 2 pam telah dapat beroperasi semula dangan kemampuan pam-pam terbut menjadi lebih kuat untuk megepam air ke tangki di bumbung blok CA4. Satu lawatan di bilik pam CA4  tersebut telah dilakukan bersama kontraktor yang terbabit setelah ianya dibaiki. Pihak JMB mendapati air yang dipamkan dari tangki bawah ke tangki di atas bumbung blok CA4 sekarang mempunyai kebolehan memberi kadar tekanan air yang tinggi yang dapat memenuhkan tangki di bumbung atas dengan lebih cepat terutamanya apabila permintaan air menjadi tinggi ketika berada di waktu puncak.










Penyelengaraan seterusnya yang telah dijalankan oleh pihak kontraktor ialah dengan mencabut 2 unit pam air yang selebihnya  yang telah rosak untuk dibaiki. Jika didapati 2 pam air tersebut tidak boleh lagi dibaiki, maka keputusan untuk memperolehi pam yang baru akan difikirkan. 







Penyelengaraan seterusnya yang akan dijalankan oleh pihak kontraktor adalah untuk memeriksa samada ‘sensor rod’ yang terdapat di dalam tangki di tingkat bawah dan atas masih lagi berfungsi Sensor ini berfungsi untuk memberitahu pam untuk mula mengepam air ke atas jika terdapatnya pengurangan paras air dan seterusnya memaksa pam untuk bekerja dan menambah air di tangki yang berada atas bumbung. Begitu juga sebaliknya jika air mulai penuh kepada paras air yang tertentu, sensor tersebut akan memberitahu supaya pam berhenti untuk mengepam air ke atas pula.

Sehubungan dengan ini, pihak JMB ingin memohon kemaafan kepada penduduk terhadap kesulitan yang mereka alami selama ini. Pihak JMB akan sentiasa memantau  terhadap permasalahan air di blok CA4 ini dan akan cuba memastikan peralatan yang terlibat dapat di baik pulih di dalam waktu terdekat. Proses penyelengaraan ini juga akan dilakukan di blok CA1 bagi menaikan taraf kebolehan pam-pam air tersebut untuk terus dapat bekerja.